Jumaat, 30 Julai 2010

TUTORIAL EXCEL FORMULA: JISEN

Setiap bulan aku kena masukkan data yang diperlukan dalam bil elektrik untuk mengetahui berapa jumlah keseluruhan bil yang harus dibayar. Cuma baru-baru ni ada masalah sikit dengan pembayaran bil yang tertunggak 1 bulan. Tapi aku still kena masukkan jumlah bil semasa mengikut bulan sebab aku ada jadual bil elektrik yang aku buat sendiri supaya aku senang nak buat rujukan dan semakan. Dalam excel aku dah create satu jadual yang ada data penggunaan elektrik seperti nama pengguna, tariff, jumlah unit kwh yang diguna, jumlah cas penggunaan bulanan dan sebagainya. Aku tak ada masalah bila nak masukkan data tu walaupun banyak, cuma aku selalu buat silap masa nak tentukan berapa jumlah cas penggunaan setelah dibundarkan mengikut kaedah JISEN nih.

Contohnya kalau aku Jumlah(RM) Bil Semasa Bulanan adalah RM12.23 maka setelah diJISENkan, kita kenalah bayar RM12.25 yang mana inilah jumlah yang kena aku masukkan secara manual. Kalau setakat satu bil takpe lagi..ini beratus...huhu..

Lama jugak aku memikirkan sehinggalah pada satu malam, aku cuba dan terus mencuba dan akhirnya...aku berjaya selesaikan misteri bosantara nih. Macam mana? Dengan tahap pengetahuan aku tentang formula dalam microsoft excel ni, aku cuma guna fungsi IF()..haha..Selesai...selebihnya korang tengok je la foto yang aku upload ni..gunakan kalau perlu dan sebarkan kepada yang lain sekiranya ada yang berminat.


Screenshot1
Keterangan: 
Screenshot1

Kalau korang tengok kat atas tu, macam tu la aku prepare satu jadual untuk tujuan rekod penggunaan elektrik. ada 2 bahagian. bahagian pertama yang berwarna kelabu tu dari kolum A - F, kat situ aku masukkan data yang berkaitan secara manual.
Dan data-data tu akan secara otomatik akan keluar di bahagian putih dari kolum M - P.
Kat screenshot1 korang nampak ada redbox di bahagian kelabu dan jugak di bahagian putih. okay, dalam kotak merah tu kolum D,M,N,O & P ada formula.(abaikan formula dalam kolum E.
Formula yang aku buat dalam cell D9:
=IF(C9=0,0,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=8,C9+0.02,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=9,C9+0.01,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=1,C9-0.01,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=2,C9-0.02,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=3,C9+0.02,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=4,C9+0.01,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=5,C9+0,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=6,C9-0.01,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=7,C9-0.02,IF(VALUE(RIGHT(C9,1))=0,C9+0,C9)))))))))))
Jadi cell C9 ni la yang aku kena ubah nilainya dan di cell D9 dengan formula yang aku dah setkan, so eureka!
Tapi sebelum tu, format number di cell C9 dan ke bawah mestilah dalam format text.
Maknanya dalam cell C9 kita kena taip penuh. contoh kalau nak masukkan nilai 0.90, so kita kena taip setiap angka termasuk angka 0 di belakang sekali. MESTI. sebab? kalau kita taip .9 dengan menyangka excel akan anggap nilai yang kita cuba masukkan tersebut adalah nombor dan bukan text, silap tu beb..nanti result kat cell D9 jadi 1.00. tak caya korang boleh berexperimen ar..

Screenshot2
Screenshot2
Screenshot yang kedua ni dalah contoh macam mana nombor sebelum JISEN dan sesudah JISEN. Abaikan kolum C.
Kolum B = sebelum JISEN.
Kolum D = selepas JISEN

Format JISEN(sekadar info):

      Sebelum         Selepas
0.01 & 0.02 =     0.00
0.03 & 0.04 =     0.05
0.06 & 0.07 =     0.05
0.08 & 0.09 =     1.00

2 ulasan:

adibdaddy berkata...

salam.. saya sedang mencari bagaimana untuk membina borang kiraan kewangan. Jika menggunakan teknik biasa saya faham. tapi jika ada beberapa nama @ orang yang saya nak kira, takkan saya nak cut n paste. Jadi ada tak cara untuk membina formula agar saya cuma perlu masukkan data dalam kotak dan keputusan akan keluar segera. Kalau tak faham, nanti tanya balik ek

kerol berkata...

adibdaddy,

aku tak dapat tangkap apa yg ko cuba bgtau ni..
ada tak contoh dalam bentuk gambar ke atau jelaskan ngan lebih detail.

Senarai Lain² Blog/Web