Memaparkan catatan dengan label panduan excel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan excel. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Julai 2010

TUTORIAL EXCEL FORMULA: JISEN

Setiap bulan aku kena masukkan data yang diperlukan dalam bil elektrik untuk mengetahui berapa jumlah keseluruhan bil yang harus dibayar. Cuma baru-baru ni ada masalah sikit dengan pembayaran bil yang tertunggak 1 bulan. Tapi aku still kena masukkan jumlah bil semasa mengikut bulan sebab aku ada jadual bil elektrik yang aku buat sendiri supaya aku senang nak buat rujukan dan semakan. Dalam excel aku dah create satu jadual yang ada data penggunaan elektrik seperti nama pengguna, tariff, jumlah unit kwh yang diguna, jumlah cas penggunaan bulanan dan sebagainya. Aku tak ada masalah bila nak masukkan data tu walaupun banyak, cuma aku selalu buat silap masa nak tentukan berapa jumlah cas penggunaan setelah dibundarkan mengikut kaedah JISEN nih.

Jumaat, 21 Mei 2010

TUTORIAL EXCEL FORMULA =COUNTIF() & SUMIF()

Formula =COUNTIF() ni biasanya digunakan bila nak kira sesuatu kriteria. Contohnya korang nak kira ada berapa Ali dalam jadual atau database.
 
Formula =SUMIF() pula untuk penjumlahan. Contohnya jumlah markah/skor Ali dalam sesuatu kuiz.

Klik untuk besarkan imej nanti korang faham la kot?

TUTORIAL EXCEL FORMULA =IF() [AUTO FILL NUMBER]

Kali ini aku tunjukkan cara simple bagi senarai nombor di bahagian BILANGAN. Dengan merujuk di foto aku biasanya hanya perlu isikan kolum nama sahaja. Kolum bilangan tu aku setkan formula dulu.

Aku rasa foto di bawah mungkin sudah jelas untuk korang. Selamat mencuba.
Klik foto di bawah kalau tak jelas.

Rabu, 12 Mei 2010

TUTORIAL EXCEL FORMULA - MENGASINGKAN NOMBOR KE DALAM CELL

Dalam artikel ni membabitkan beberapa formula seperti =IF(), =COUNT(), =MID(), =VALUE(), =OR() & =FIXED(), semata² aku nak pastikan angka 0 ditunjukkan mengikut yang sepatutnya. Sebelum ni aku ada cuba asingkan sebagai contoh nombor 101 menggunakan formula =MID(). Walaupun berjaya tetapi itu cuma berkesan sekiranya setiap angka tersebut disusun dari kiri ke kanan.

Senarai Lain² Blog/Web